Thursday, July 05, 2012

Start your day with a smile :)

Oh hati-hati yang berterbangan di ruangan rasa yang pelbagai,

Pertama sekali terima kasih dari tangkai hati hingga ke hujung hati [ikhlas kiranya dari hati,hehe] kerana sudi meringankan jari anda singgah ke belog yang umpama sehari jagung ini. Hehe.

Mungkin belog ini ter-wujud kerana mahu menyebarkan rasa chenta kegembiraan bersama-sama anda, tapi tak bermakna hati saya tak pernah merasa sedih kekurangan kasih sayang. Ehem.

Teringat, kata Mark Twain:


The best way to cheer yourself is to try to cheer someone else up.

Hah! Lagi?

Kata Lauren Oliver pula:


 You can't be happy unless you're unhappy sometimes.


Nah, lihat. [Senyum angkat kening] Untuk apa kan hidup sedih berlama-lama. Hidup kan singkat, lebih indah jika kita lalui dgn positif. Jadi? Ayo kita mula dengan hari yang positif. Maaf, saya mungkin bukan pakar kaunseling mahupun dokter kebahagiaan tapi cukup dengan pengalaman diri boleh la saya menyebarkan sedikit kegumbiraan buat anda
 
Suka untuk saya mengingatkan anda di sini, tulisan saya sememangnya hanya sekadar perkongsian semata-mata buat anda dan buat diri saya. Tiada kaitan dengan yang ada di dunia khayalan mahupun dunia luar khayalan, sebenarnya. Ahah! 

Tengok video clip You Make Smile ni. Bila tengok vedio clip ni terasa macam nak hangout dengan kawan2 pergi satu tempat yang indah, macam di tepi pantai ke, pergi picnic ke.. kan.. semoga hari-hari anda semua ceria selalu ^^ smile ;)